Mahu pulang
atau
Terus dilalaikan?
Pendosa. Siapa bukan pendosa dalam kehidupan ini. kita bukan maksum macam Nabi Muhammad s.a.w yang bersih dr segala noda. kita hanyalah manusia biasa yang fitrahnya pasti akan melakukan dosa. saya, kamu, anda, sesiapa sahaja di sekeliling punya dosa. cuma bezanya hanya jelas atau tersembunyi, zahir atau terhijab.
seseungguhnya untuk kita para pendosa, masih banyak ruang yang Allah telah buka untuk kita kembali kepadaNya. pilihan semua terletak di tangan kita. mahu terus hanyut bersama palitan dosa atau terus kembali kepada pangkuan Allah. kita manusia, diberikan akal fikiran. bukan itu sahaja, Al Quran mukjizat teragung diturunkan yang menjadi wahyu pembimbing kita diberikan kepada kita untuk bimbing kita mana jalan yang baik mana jalan yang buruk.
"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab. Ini kerana, sesudah itu kamu tidak diberikan pertolongan" Surah Az-Zumar Ayat 54.
*cc: hilalasyraf
No comments:
Post a Comment