Thursday, 20 June 2013

dosa. mahu pulang atau terus dilalaikan?

Dosa adalah ujian.

Mahu pulang 
atau
Terus dilalaikan?

Pendosa. Siapa bukan pendosa dalam kehidupan ini. kita bukan maksum macam Nabi Muhammad s.a.w yang bersih dr segala noda. kita hanyalah manusia biasa yang fitrahnya pasti akan melakukan dosa. saya, kamu, anda, sesiapa sahaja di sekeliling punya dosa. cuma bezanya hanya jelas atau tersembunyi, zahir atau terhijab. 

seseungguhnya untuk kita para pendosa, masih banyak ruang yang Allah telah buka untuk kita kembali kepadaNya. pilihan semua terletak di tangan kita. mahu terus hanyut bersama palitan dosa atau terus kembali kepada pangkuan Allah. kita manusia, diberikan akal fikiran. bukan itu sahaja, Al Quran mukjizat teragung diturunkan yang menjadi wahyu pembimbing kita diberikan kepada kita untuk bimbing kita mana jalan yang baik mana jalan yang buruk.

"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab. Ini kerana, sesudah itu kamu tidak diberikan pertolongan"  Surah Az-Zumar Ayat 54.

*cc: hilalasyraf

Thursday, 6 June 2013

Hidup ini merupakan perjalanan yg telah Allah rancangkan dengan penuh ketelitian.

Hidup ini tak selalunya yang macam kita pinta. kita manusia, standardnya hanya mahukan kesenangan belaka. tapi mustahil kan? setiap manusia punyai 1001 cerita, masalah dan pengalaman masing2 walaupun mereka adik beradik, suami isteri. telah Allah rancang semuanya dengan begitu teliti sekali. SUBHANALLAH. kita takkan terlepas dr masalah yg hadir dalam hidup kita. kkdg ada orang mengatakan "hidup ini hanya nak menyelesaikan masalah belaka", betul kkdg apa yg diperkatakan. tp sebagai seorang Islam kita ada pergantungan harapan pd Allah. masalah yg Allah datangkan semuanya ada jalan penyelesaiannya. sesukar mana pasti ada jalan keluarnya. Allah kan ada. :D